Friday, March 4, 2016

19 Birthday!

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog.. Dah hampir tiga tahun mybe or lebih. So, kenapa tetiba rasa nak update blog ni?? Sebab saja nak kongsi sedikit moment untuk tahun ni dan insyAllah aku nak sambung balik tulis blog. Moga moga tercapai la niat ni sebab selalu angan angan tahi ayam ja. hahah.

Kalau korang nak tahu, aku ni budak Januari. Maksud aku dekat sini, aku lahir bulan Januari. Yes, aku tau aku antara yang tertua antara kawan kawan yang sebaya aku. Redha dah. Sejak kecik kawan mesti ckp aku tua padahal diorang tak nampak ka aku ni la paling awek muda nak dibandingkan dengan depa. kihkihkih. Birthday aku lastttt day bulan Januari. Ha pikir cepat...

Tahun ni banyakkkk sangat suprise yang aku dapat dari kawan kawan aku.. Sumpah memang terharu la. Sapa je x suka suprise kan..


Tadaaaaa.. Ni hadiah from someone yang memang rapat gila dengan aku. Dia ingat abih la sweet bagi camni ni.. hahha. Apapun terima kasihh i likeeeeee. 


Housemate aku buat suprise paling x menjadi..Aku acah acah x tau jalah.. Layankan ja dia. Suruh duduk kerusi ni lah, x boleh duduk kerusi aku pilih. Aku nak pusing pun x bagi.. Kemain tau. Rupanya, ada orang datang dari belakang bawakkan kek. Thank you so so much la housemate ku yg cantik jelita lagi rupawan. i love you lah.


My squad pun tidak lupa untuk sambut birthday aku. Time ni sambut birthday Miza sekali sebab birthday kitorang dekat. Plan diorang ni 50/50 la aku dapat tangkap bila salah sorang dari squad ni x pandai nak belakon. hhahahah. Korang pasni tingkatkan mutu lakonan korang eh. Papepun, aku sayang korang!! 


Tidak dilupakan para jejaka sekalian ni. Ada lagi sorang tapi x dak dalam gambo ni. Kalau x da lengkap satu Family.. 


\

Lastt sekali suprise dari dua orang ni. My Ray bucuk and Mizan Selekeh. Suprise daripada diorang ni paling aku x jangka sekali. Aku termenangis kejap. hahah. Dengan bawak belonnya, dengan video sepanjang pengenalan kitorang. Haish memang terharu sangatlah. Terima kasih korang. :)

So itulah entry aku untuk kali ini. Sekarang dah officially 19 tahun. Semakin lama semakin cantik. EH!! hahahah. Dalam kegembiraan menyambut birthday aku ni, aku tidak lupa untuk bersyukur kepada Allah S.W.T sebab bagi aku segala yang aku miliki sekarang ni. Alhamdulillah. 








Sunday, December 2, 2012

Korea Part 3

Assalamualaikum..

Oke, ni sambungan entry pasal Korea. Ingatkan tak nak cerita dah tapi tapi tapi cerita je la. Bagi abis baru hati tenang sikit. Sebelum ni hati tak tenang ka? Haha! So let's begin the story.


Hari kedua dekat Korea, saya berada di Jeju Island!! Lautnya sangat bersih dan pantainya ada bnyak batu-batu yg berwarna hitam hasil dari gunung berapi yg meletus ketika dahulu kala. Actually, dulu Jeju Island ni bahaya kot. Gunung berapi! Sapa yg menetap kat sini mesti x kan hidup lama la. Hahah! Tapi sekarang da selamat da. No more gunung yg berapi api..


Tempat ni namanya Seongsan Ilchulbong. Cuba sebut tengok, berbelit tak lidah nak sebut..Hehe. Kalau x silap, seongsan Ilchulbong ni ada kena mengena dengan volcanic eruption.Dekat atas tu kan ada kawah yang besar sangat..Sedihnya, aku x sampai pun dekat atas tu. Penat nak mendaki! Padahal nak naik situ guna tangga ja pun..


Bila tengok tangga ni pun aku da rasa penat. Haha. Jadi kesimpulannya, aku x naik sampai atas pun la. Naik sampai hentian pertama ja pastu rehat sambil tengok rombongan pelajar korea snap snap gambar. Time aku pergi Korea bulan 5 aritu musim pelajar-pelajar pergi rombongan. Depa baru abis exam so cikgu2 bawa la students pergi bergembira. Untung-untung!


Menikmati permandangan laut bersama teeeeeeeeettttt! Hahaha. Alah, budak tu baru darjah berapa ja. Kecian Adam(nama budak tu) x bole naik sampai atas sebab mama saya larang dia. Takot2 dia x turun-turun.Nanti kena tinggal. Pastu jadi isu. Masuk berita. Eh merapu ja.Hehe. Mak n ayah budak ni x naik so rombongan cik kiah yg lain la terpaksa jaga dia. Tapi untung si Adam n adik dia, kecik2 da jalan merata. 


    Macam ni la permandangan dekat atas tu. Rumput hijau ja kan? Agak-agak pelongcong paham tak apa yg ditulis dekat signboard ni eh? Buat2 paham suda la..


Style kan Ahjussi(pakcik) ni duduk. Sapa yang teringin nak naik kuda pergi la dekat pakcik ni. Jangan lupa sediakan wang.

Setakat ni je la, next story dekat Jeju Island will coming soon. Ceyh.. =)

Friday, June 22, 2012

Korea Part 2

Seoul Worldcup Stadium




Ni la padang worldcup kat seoul. Tempat Park Ji Sung dok bermaharaja lela. Aku jumpa dia kot.. Pecaya la cakap aku ni. Stadium ni besar! Bersih! Rumput kat padang pun cantik je.


Masa kat sana kejap je. Pusing2 kat dalam stadium tu pastu blah dari situ.. Actually saja nak habiskan masa.
Nak tunggu flight pegi Pulau Jeju so pemandu pelancong tu bawak la pegi sini. At least aku penah la ad kenangan pegi stadium bola sepak. Kalau x, jangan harap aku nak pegi.


Uncle ni x letih ke berdiri macam tu. Aku tengok position dia x berubah pun sejak kami sampai situ n time kami nak balik pun dia still berdiri macam tu. 


Lantai shining betoi.. Mesti mop 50 kali sehari kan.. 


Kat hanger tu ada nama pemain bola sepak korea. Tapi aku x paham satu habuk pun. Aku pegang hanger sapa pun aku x tau, yang pasti cap jari aku dah ada kat hanger tu.. Ah terharu! Tu pun nak terharu kan.. 
x paham x paham 

To be continue.. ^_^

Saturday, June 9, 2012

Korea Part 1

Seperti yg dijanjikan, start la entry tentang aku di Korea. Ni baru part 1. Banyak lagi part,kemungkinan mencecah beribu-ribu. Tipu je, x lah sebanyak tu mungkin berpuluh-puluh je. Okay, aku tipu lagi. Aku sendiri pun x tau akan ada berapa part. Kita tunggu dan lihat je lah..

Gyeongbokgung Palace 



Sampai ja dekat Korea pemandu pelancong bawa kami geng2 dari Malaysia ke tempat ni. Tempat istana lama.Berbuih buih mulut pemandu pelancong kami tu cerita tentang asal usul n sejarah tempat ni tapi aku bukan ingat pun apa yg dia cerita.. Hehe. Aku sebagai tukang yg memegang camera terpaksa mengambil gmbar sebagai kenangan sebab tu x dengar sangat apa yg dia cerita. Alasan semata-mata..! Tempat ni memang ramai pelancong yg datang.


Building kat tempat ni sangat tradisional. Tengok la pintu dia, lubang2. Boleh skodeng orang malam-malam tapi time aku pegi siang, so x boleh la nak skodeng.. Hehe.


See, building dia sangat lawa.. Lawa kah? Ukiran kat bumbung building tu lawa la. Terpegun aku tengok. Macam mana la diorang buat eh? Gambar kat atas ni terlebih edit sampai nampak cuaca panas pulak.Sapa la yg x reti edit ni ha??  Not me. Not me. Sebenarnya cuaca sejuk ja tapi kalau aku pakai baju sejuk, akan rasa kepanasannya. So panas ke sejuk? Aku  x tau nak cerita la. Yang menjadi tanda tanya kenapa aunty tu pakai kaca mata hitam kalau x panas n kenapa mata aku mcam mengecil ja? 


Tudia ramainya orang nak masuk dalam building tu.. Tapi building tu x bole masuk pun. Hanya mampu dilihat diluar ja. Aku try la pi kalutkan diri dengan orang lain nak tengok ad apa dalam bagunan tu sampai berebut orang nak tengok kan and bila aku pi tengok bukan ada apa pun.. Just terpegun untuk kali kedua dengan ukiran dalam bangunan tu. Serious cantik!!!


Aku terpegun tengok ni.. Macam mana diorang buat?? Aku teringin nak tau nie...

Lepas melawat tempat ni kitaorang g makan kat bandar Itaewon. Itaewon ni tempat orang Islam la jugak. Bnyak kedai orang Islam kat situ. Orang Islam pun banyak kat situ. Dan satu satunya masjid yg ada kat Seoul terletak kat situ.


 Gambar ni ambek dari google ja sebab aritu x sempat nak ambek gambar kat masjid ni. Pemandu pelancong tu kalut sangat mentang-mentang la dia x sembhyang kan.

Cukup lah sampai sini.. Tunggu part 2 plak okay.




Tuesday, May 29, 2012

Ku jejak, negara itu.

Negara manakah saya jejak? Negara yg dok tengah famous tu la. Famous dengan artis-artis yg kiut miut tu la. Famous dengan artis yg sexy-sexy dan smart-smart tu la..Alah, senang cita tengok je la kat bawah nie.


Boleh teka x negara mana? Kalau bole teka anda hebat!


Clue kedua, tempat ni sejuk tapi aku pegi time musim bunga so tak sejuk sangat la tapi masih sejuk.. Amoi kat belakang tu pun boleh lagi pakai skirt dalam cuaca sejuk macam tu. Actually, dlm airport ada heater yg bagi tak rasa sejuk.. Aku saja la bajet pakai baju sejuk bagi nampak macam sejuk. Hehe


Tengok tulisan yang line first tu..Tengok la. Tulisan negara manakah? x kan la x tau lagi kot.. X kan la yg tu pun nak kena bagitau kot.. Penat la macam nie.. Hmm. Aku buat terok boleh.. Buat macam orang x tau tu.. Haha!! Sekali pandang pun orang dah bole teka yg  aku pergi K O R E A!!! fulaweh!!!  Tengok ada perkataan Incheon Airport pun dah tau negara mana kan..

Ya! Aku sangat sangat happy boleh jejak kaki ke Korea.Happy sampai hingus meleleh pun x sedar. Sebelum ni tengok dalam tv ja tapi 3 minggu lepas aku boleh pergi sana dan tengok dengan mata aku sendiri macam mana negara tu. Cantikkah? Orang-orang dia baik2 ka? Aku pergi melawat kat mana? Semua tu aku akan cerita entry yang seterusnya. Kalau nak cerita dekat entry ni semua memang sampai jumaat depan pun x habis lagi. Tunggu jangn tak tunggu..