Sunday, December 2, 2012

Korea Part 3

Assalamualaikum..

Oke, ni sambungan entry pasal Korea. Ingatkan tak nak cerita dah tapi tapi tapi cerita je la. Bagi abis baru hati tenang sikit. Sebelum ni hati tak tenang ka? Haha! So let's begin the story.


Hari kedua dekat Korea, saya berada di Jeju Island!! Lautnya sangat bersih dan pantainya ada bnyak batu-batu yg berwarna hitam hasil dari gunung berapi yg meletus ketika dahulu kala. Actually, dulu Jeju Island ni bahaya kot. Gunung berapi! Sapa yg menetap kat sini mesti x kan hidup lama la. Hahah! Tapi sekarang da selamat da. No more gunung yg berapi api..


Tempat ni namanya Seongsan Ilchulbong. Cuba sebut tengok, berbelit tak lidah nak sebut..Hehe. Kalau x silap, seongsan Ilchulbong ni ada kena mengena dengan volcanic eruption.Dekat atas tu kan ada kawah yang besar sangat..Sedihnya, aku x sampai pun dekat atas tu. Penat nak mendaki! Padahal nak naik situ guna tangga ja pun..


Bila tengok tangga ni pun aku da rasa penat. Haha. Jadi kesimpulannya, aku x naik sampai atas pun la. Naik sampai hentian pertama ja pastu rehat sambil tengok rombongan pelajar korea snap snap gambar. Time aku pergi Korea bulan 5 aritu musim pelajar-pelajar pergi rombongan. Depa baru abis exam so cikgu2 bawa la students pergi bergembira. Untung-untung!


Menikmati permandangan laut bersama teeeeeeeeettttt! Hahaha. Alah, budak tu baru darjah berapa ja. Kecian Adam(nama budak tu) x bole naik sampai atas sebab mama saya larang dia. Takot2 dia x turun-turun.Nanti kena tinggal. Pastu jadi isu. Masuk berita. Eh merapu ja.Hehe. Mak n ayah budak ni x naik so rombongan cik kiah yg lain la terpaksa jaga dia. Tapi untung si Adam n adik dia, kecik2 da jalan merata. 


    Macam ni la permandangan dekat atas tu. Rumput hijau ja kan? Agak-agak pelongcong paham tak apa yg ditulis dekat signboard ni eh? Buat2 paham suda la..


Style kan Ahjussi(pakcik) ni duduk. Sapa yang teringin nak naik kuda pergi la dekat pakcik ni. Jangan lupa sediakan wang.

Setakat ni je la, next story dekat Jeju Island will coming soon. Ceyh.. =)

4 comments:

Humaira' Shamsul said...

Wahh, cantiknyaa Jeju Island ni, aq rasa sedih lak tengok. Haha

Athirah Bostaman said...

kenapa sedih pulak?

Anonymous said...

nak entry pasal korea lg bole ? hihik

Athirah Bostaman said...

Insyallah nnti saya update lg.. Tapi x tau bila lg lah. Hehe